Hi, Saya Che Pah Saya merupakan Dealer Public Gold. Saya akan membantu anda mulakan simpanan emas.

Hubungi saya untuk bimbingan.

ANDA SUDAH BERSEDIA? NAK JADI AHLI?

Boleh terus daftar di link berikut

"Simpanan emas adalah keputusan terbaik yang saya buat. Dulu, saya hanya simpan duit dalam bank, tapi tak nampak hasilnya. Dengan emas, saya dapat lihat nilai simpanan saya meningkat, dan saya tak perlu risau sangat tentang inflasi. Public Gold memang terbaik!"
Puan Zara & Encik Amir

6 Kelebihan Menyimpan Emas

Emas sesuai dijadikan simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas. Selain nilainya terjamin, ini antara kelebihan menyimpan emas:

Bagaimana Emas Dapat Membantu Saya?

Adakah Anda Menghadapi Masalah Menyimpan Wang?

Anda mungkin…

  • Sudah bekerja bertahun-tahun, tapi simpanan kecemasan 3 hingga 6 bulan gaji pun belum tercapai?
  • Dah cuba pelbagai cara simpan duit, tapi entah macam mana, duit tu tetap hilang begitu saja?
  • Mempunyai impian nak kahwin atau beli rumah pertama, tapi risau simpanan tak cukup?
  • Bimbang harga barang makin naik, tapi dividen daripada simpanan tak memberi pulangan yang memadai?
  • Terpaksa bergantung pada pinjaman atau kad kredit setiap kali ada kecemasan?
  • Seorang mahasiswa yang takut terbazirkan duit pinjaman dan nanti beban bila tamat pengajian?
  • Ada duit untuk simpanan, tapi tak pasti tempat yang terbaik untuk simpan?

Jika jawapan anda ‘ya’ kepada mana-mana persoalan di atas, teruskan baca. Mungkin simpanan emas adalah jawapannya!

Bagaimana Emas Membantu Mengukuhkan Kewangan Anda?

Bagaimana Emas Boleh Mengukuhkan Kewangan Anda? Duit Simpanan Tak Bocor!

Simpan, korek, simpan, korek… akhirnya, simpanan tak ke mana! Ini masalah biasa yang ramai orang hadapi bila simpan duit dalam bank. Bila tengok nombor dalam akaun bank, mulalah fikiran kita ligat nak berbelanja. Memang begitulah sifat manusia dengan duit.

Duit tu memang untuk dibelanjakan, bukan untuk simpan je, kan?

Sebab itu ramai orang dah cuba pelbagai cara simpan duit, tapi setiap kali ada duit dalam akaun, tak lama lepas tu duit tu hilang entah ke mana. Macam mana nak jadi kaya kalau macam ni?

Tapi emas lain. Bila kita simpan emas, kita tak rasa nak berbelanja. Emas ni bukan duit biasa yang kita boleh ambil sesuka hati. Kalau kita nak jual emas, mesti ada sebab yang betul-betul mendesak atau kalau ia menguntungkan kita. Jadi, emas ni lebih mudah untuk disimpan tanpa risiko duit bocor.

Kalau nak simpan dengan cara yang lebih bijak, emas adalah pilihan yang boleh bantu elak duit daripada hilang begitu saja.

Jumlah Simpanan Cepat Bertambah

Bila mula simpan emas, anda mungkin akan alami satu ā€œmasalahā€ yang menarik—iaitu ketagih untuk tambah simpanan emas lagi dan lagi. Emas ni ada aura dia yang tersendiri.

Kenapa? Sebab emas memang logam yang sangat cantik. Naluri manusia memang suka pada emas—tak boleh dinafikan! Ada rasa seronok mengumpul emas dan sukar untuk membelanjakannya. Makin banyak simpan, makin nak tambah lagi.

Sampai satu tahap, Tuhan pun mewajibkan zakat bagi penyimpan emas, bila cukup haul dan nisabnya. Ini tanda bahawa emas bukan hanya sekadar barang kemas, tapi juga ada nilai dalam hidup kita.

Itulah sebabnya, ramai yang baru mula menyimpan emas terkejut apabila lihat jumlah simpanan mereka bertambah dengan cepat—lebih cepat daripada yang dijangka! Emas mendorong kita untuk terus menyimpan dan mengumpul, bukan untuk dibelanjakan.

Simpanan Bertahan Dari Inflasi

Tahukah anda, bila simpan duit di bank, dividen tahunan yang kita dapat hanya sekitar 5% setahun? Itu pun kadang-kadang makin menurun. Tapi, harga barang keperluan? Naik lebih 10% setiap tahun!

Ini bermaksud, kekayaan kita sebenarnya sedang ā€˜dirompak’ setiap tahun tanpa kita sedar—oleh inflasi. Itulah sebabnya kenapa kita selalu dengar orang merungut harga barang makin mahal.

Dan sebenarnya, rungutan tu bukan baru-baru ni je. Sejak zaman ibu bapa dan datuk nenek kita lagi, inflasi ni dah merompak kekayaan kita secara diam-diam!

Tapi, tahukah anda? Kenaikan harga emas secara purata adalah sekitar 10% setahun, berdasarkan sejarah harga emas 20 tahun yang lepas.

Yang menarik, syiling emas 1 dinar (4.25 gram) sudah mampu membeli seekor kambing sejak 1,400 tahun yang lalu, dan masih mampu buat benda yang sama sampai sekarang. Bayangkan tu!

Maksudnya, bila kita simpan emas, kita tak perlu risau lagi simpanan kita akan hilang diliputi inflasi. Emas sentiasa mengukuh nilai, tak seperti duit yang boleh terjejas dengan kenaikan harga barang.

Penyelamat Bila Berlaku Kecemasan

Perlukah anda tukarkan semua duit simpanan kepada emas?

Jawapannya adalah ā€œtidakā€.

Duit yang anda perlukan dalam jangka masa terdekat, simpanlah dalam akaun bank (wang kertas). Tapi untuk simpanan jangka panjang (lebih 2 tahun), emas adalah pilihan yang lebih bijak.

Tak perlu risau kalau tiba-tiba perlukan duit. Dengan emas, anda sentiasa ada sumber kewangan yang boleh dicairkan bila-bila masa.

Pernah dengar cerita tentang barang kemas isteri yang jadi penyelamat dalam waktu kecemasan? Ya, itulah emas. Bila ada kecemasan, anda boleh dapatkan wang tunai dengan mudah. Cuma jual atau pajak emas anda di Ar-Rahnu terdekat.

Bila anda simpan emas, sebenarnya anda sedang menyimpan duit. Beli emas bukan bermaksud habiskan duit, tapi sebenarnya anda tukar duit anda kepada bentuk yang lebih bernilai—emas!

Emas Bagaimana Yang Terbaik Untuk Simpanan?

Dulu-dulu, orang ramai suka simpan emas dalam bentuk barang kemas. Selain cantik untuk dipakai, barang kemas juga jadi simpanan yang berguna bila berlaku kecemasan.

Tapi sekarang, ada cara yang lebih menguntungkan untuk simpan emas. Sebaiknya, simpan dalam bentuk jongkong emas atau dinar (syiling emas)!

Kalau tujuan anda nak berhias atau pakai, beli je barang kemas. Tapi kalau nak simpan emas untuk jangka panjang, lebih baik beli gold bar atau dinar. Selain harga per gram yang lebih murah, spread (susut nilai) pun sangat rendah—kurang daripada 10%.

Jadi, kalau nak emas yang lebih bernilai dan menguntungkan untuk simpanan, pilih jongkong emas atau dinar!

Cara Terbaik Untuk Bermula

Emas adalah pilihan yang tepat untuk simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun atau lebih. Public Gold ada beberapa cara untuk beli emas, mengikut bajet dan keselesaan anda:

āž€ Bajet bawah RM1,000?

Cara terbaik adalah dengan AKAUN EMAS GAP (Gold Accumulation Program).

Anda boleh mula dengan hanya RM100. Setiap kali anda tambah duit, ia akan terkumpul untuk beli emas. Bila cukup gram emas dalam akaun, anda boleh keluarkan emas fizikal sekecil 1 gram dengan ketulenan 999.9.

Jadi, kalau bajet kecil pun, anda tetap boleh mula simpan emas dengan cara yang mudah!

āž Bajet lebih RM1,000?

Bajet lebih RM1,000?

Kalau anda nak Public Gold simpankan emas anda secara PERCUMA, cara terbaik ialah beli melalui Akaun Emas GAP.

Tetapi kalau anda nak beli dan terus simpan sendiri, beli melalui kaedah BAYARAN PENUH. Boleh mulakan item sekecil 1 dinar (4.25 gram, emas ketulenan 999.9)

āž‚ Nak paksa diri menyimpan?

Kalau anda nak paksa diri menyimpan emas dengan bajet minimum RM200 setiap bulan, boleh pertimbangkan belian melalui kaedah EASY PAYMENT PURCHASE (EPP).

Nak Mulakan Simpanan Emas?

Klik butang di bawah untuk hubungi saya sekiranya anda ada persoalan yang memerlukan penjelasan lanjut sebelum memulakan simpanan emas.

Ā 

Che Pah

Trusted Dealer Public Gold
PG00226265

ANDA SUDAH BERSEDIA? NAK JADI AHLI?

Boleh terus daftar di link berikut